History

Home ? History

HM TUAH ISKANDAR al-Haj, anak ke-9 dari sepuluh beradik, dilahirkan di Muo, Johor pada tahun 1960. Ayah beliau seorang yang sangat dihormati semasa hayatnya kerana merupakan seorang yang sangat-sangat kaya. Para pekedai cina di pekan kelahirannya memanggil beliau 'taukey'. Sehingga kini setiap kali HM TUAH ISKANDAR pulang ke kampung, para pekedai cina masih memanggilnya anak taukey.

Bagaimanapun, suatu hari ayah beliau telah 'pergi'. Ketika itu beliau berusia 7 tahun. Ini bermakna beliau dibesarkan oleh seorang 'ibu tinggal' yang serba kekurangan. Pada masa inilah, beliau mula membina imaginasi cemerlang untuk keluar dari semua yang mengikat kecenderungan dan keterbilangannya.

History Ibu beliau Hajjah Mariam binti Haji Noor, telah dianugerahkan "Anugerah Ibu Tunggal Cemerlang" pada 19 Disember 2002. Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar Johor dalam satu majlis gilang gemilang di Johor Bahru.
Bersekolah awal di Sekolah Rendah Inggeris Sungai Raya sehingga darjah 6, kecemerlangan beliau dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 membolehkan beliau diterima bersekolah di High School Muar. Selesai LCE, beliau menyambung pelajaran di sekolah yang sama dalam aliran sains.

Sementara menunggu keputusan MCE, beliau bergiat cergas dalam pergerakan pengakap yang telah dianggotainya sejak di bangku sekolah. Melalui Pergerakan Pengakap Kelana beliau memimpin pergerakan pengakap di beberapa sekolah di sekitar daerah Muo secara sukarela. Beliau juga mula menulis untuk Utusan Pelajar dan menghasilkan skrip drama radio untuk Radio Johor.

HistoryBagaimanapun, pada suatu hari beliau ditawarkan bekerja di sebuah syarikat garment di Batu Pahat. Beliau berfikir apa salahnya sekadar mencari pengalaman. Jawatan pertama yang diberikan kepada beliau ialah tracer tetapi kira-kira setahun kemudian, beliau telah diberi kepercayaan menghasilkan design sendiri untuk dinilai pelanggan. Ini suatu kejayaan paling besar baginya.

History Ibu memberitahunya, moyang-moyang keturunannya adalah ketua orang alim dari seberang dan mereka semua adalah golongan yang amat dihormati serta berkebolehan menghasilkan kitab-kitab agama.

Pada tahun 1978, beliau telah ditawarkan berkhidmat sebagai pemberita kadet di Bernama Melaka di bawah Ketua Biro Baharuddin Latiff, antara wartawan terbaik Bernama pada waktu itu. Baharuddin Latiff telah mendidik beliau dengan cara yang amat keras dan ekstrim sekali. Ini cepat mendewasakannya. Semua cabaran semakin menjadikannya lebih matang daripada usianya yang sebenar. Beliau berusaha menggunakan seluruh potensi diri dan imaginasi cemerlang untuk melakukan yang terbaik. Sehinggakan pada waktu itu Biro Bernama Melaka terkenal dengan berita-berita eksklusif yang ditulis oleh HM TUAH ISKANDAR.

Setahun kemudian, kebolehan, bakat serta semangat besar yang berada dalam diri beliau telah terkesan oleh Prof Datuk Dr. Abdul Latif Bakar, ketika itu pensyarah Universiti Malaya dan juga Sasterawan Negara, ALLAHyarham Datuk Abdullah Husin. Melalui kedua-duanya beliau ditawarkan untuk berkhidmat di Sarawak di bawah Gabenor Sarawak pada waktu itu, ALLAHyarham Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub.

Tanpa banyak kerenah HM TUAH ISKANDAR menyahut cabaran ini. Bermulalah hidupnya sebagai seorang wartawan politik untuk akhbar Sinar Sarawak, milik Parti Bumiputera Bersatu Sarawak, parti memerintah di bawah pimpinan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud. Kemudahan untuk menuntut ilmu terbuka di sini, digunakan sebaik-baiknya olehnya. Pada masa inilah beliau mendaftar sebagai pelajar eksternal di Trans-World Tutorial College, Jersey, Britain, dalam bidang "Journalism & Professional Writing" dan lulus pada tahun 1985 (sila rujuk 'Tinggal Dulu Isle' terbitan Dewan Bahasa & Pustaka dan 'Original' terbitan Alaf21 Sdn Bhd). Sebelum itu beliau pernah ditawarkan belajar di Pacific University, Australia tetapi pihak Angkatan Nahdatul Islam Bersatu Sarawak (BINA) tidak meluluskan permohonan biasiswanya pada saat akhir kerana beliau bukan anak jati Sarawak dan juga baru sahaja berkhidmat.

Setahun kemudian, dengan prestasi yang amat cemerlang yang mampu dibuktikannya itu, beliau telah dilantik menjadi editor sekali gus pengurus Sinar Sarawak. Ini sesungguhnya suatu pencapaian yang memeranjatkan.

Bagaimanapun, pada tahun 1986, apabila berlaku krisis politik di Sarawak beliau turut mengalami tempiasnya. Beliau kembali ke Semenanjung dan berkhidmat dengan KKSB hingga tahun 2006. Sepanjang berkhidmat di Sarawak beliau berpeluang keluar negara dan kesempatan ini digunakan untuk menimba sebanyak-banyak ilmu. Dalam tempoh ini jugalah beliau menyambung pengajian dalam "Media Studies" secara eksternal di Brandtridge University, Amerika Syarikat. Bagaimanapun, universiti ini menghadapi masalah. Beliau mendaftar pula di Trinity University di Delaware, Amerika Syarikat dalam bidang yang sama tetapi dinasihatkan oleh pihak universiti supaya menukar kepada "Mass Communication" pada tahap MA. Ini menjadi mungkin sebab ujian khas yang diberikan oleh pihak universiti serta latarbelakang pekerjaan serta hasil-hasil tulisan yang dihasilkan boleh ditukar menjadi kredit. Beliau didapati melepasi kelayakan minimum yang ditetapkan. Tesis yang dihasilkan beliau berjudul, "The Other Thought of Journalism - A Study of Analysing to the Coventional Paradigm" sesi 96/97.

Beliau telah menjadi ahli seumur hidup British Graduate Association Malaysia (BGAM) dan American Universities Alumni Malaysia (AUAM) pada tahun 1993.

historyRapatnya hubungan HM TUAH ISKANDAR dengan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub hingga beliau dapat menulis biografi Tun. Biografi itu kemudian diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan judul "Abdul Rahman Ya'kub - Kancil Sarawak".

Pada tahun 1986, beliau berkahwin dengan seorang gadis keturunan Arab Yamen, sehingga kini dikurniai empat orang anak. Pada tahun 1996, beliau berangkat ke Makkah menunaikan fardu haji dan sekali lagi pada tahun 2017.

Semangat suka belajar dan menimba ilmu sebanyak-banyaknya ini jelas pada diri beliau. Semasa di Semenanjung itu juga, beliau mendaftar di Universiti Malaya mengikuti pengajian awam dalam bidang Syariah. Dalam tempoh ini jugalah beliau semakin aktif menulis buku agama, novel, ilmiah, remaja dan kanak-kanak.

Salah sebuah buku ilmiah beliau yang paling penting ialah "Mengislamisasikan Komunikasi Warta" diterbitkan oleh Bahagian Pengajian Tinggi, Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1997. Di samping itu beliau banyak menyertai peraduan penulisan dan memenangi banyak anugerah. Kerajaan Negeri Johor sahaja melalui "Anugerah Darul Takzim" telah menganugerahkan beliau empat anugerah di mana tiga daripadanya diraih secara berturut-turut. Pada tahun 1992 pula, beliau memenangi "Hadiah Buku Terbaik Kebangsaan", satu penilaian tertinggi terhadap keupayaan berkaryanya.

Dalam tempoh ini beliau diterima mengajar di UiTM Shah Alam sebagai pensyarah/jurulatih sambilan di Unit Kebudayaan dan kekal di situ selama hampir 10 tahun.

historyPada penghujung 1999, beliau mula mendaftar di Ansted University, British Virigin Island (www.ansteduniversity.org) untuk menyambung pengajian secara eksternal pada peringat Ph.D dalam bidang "Mass Communications and Letters" dengan tesis berjudul "Great Imagination - Utilizing the High Powerd Forces Within" dan selesai pada tahun 2001. Lantas kelulusan yang beliau raih adalah berbentuk alternative (non-traditional) sebagaimana yang beliau nukilkan dalam buku "Laluan Kedua ke Puncak", buku Best Seller yang amat luar biasa - telah membantu ramai orang berjaya sedang asalnya seolah-olah telah rebah.

historyhistory

Penglibatan yang sangat aktif dan bermakna pada peringkat antarabangsa juga telah menyebabkan beliau dianugerahi anugerah paling berprestij peringkat dunia ketika melangkah ke abad 21 dahulu. Anugerah itu dipanggil "The Outstanding People of the 20th Century Award" dari The International Biographical Centre yang berpusat di Cambridge. Ekoran dari sini, The American Biographical Institute, Amerika Syarikat pula menganugerahkan beliau "Award of Accomplishment 2000". Anugerah-anugerah ini diraih hasil dari peranan yang dimainkan oleh Ansted Foundation pada peringkat global. Pada tahun 2015, beliau didapati layak untuk Honorary Doctorate of Letters oleh The International Biographical Centre, Cambridge. Sila lawat www.drtuah.com/media-interview.html untuk mengetahui bualbicara khas beliau dengan pihak media berkaitan ini.

Ketika beliau belum dikenali di tanah air, dunia telah mengenali beliau atas penglibatan-penglibatan serupa ini.
Di samping itu ada pelbagai lagi anugerah yang berjaya beliau raih sehingga direkodkan dalam Malaysia Book of Records edisi milenium sebagai orang pertama menghasilkan "Bitaqah Yaumiyah", lantas menjadikan beliau satu-satunya motivator Melayu/Muslim yang tersenarai dalam rekod berkenaan.

Sebelum itu, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan beliau "Anugerah Belia Negara". Anugerah ini telah disampaikan oleh Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam suatu majlis gilang gemilang sempena Hari Belia Negara di Stadium Tertutup Bukit Jalil pada tahun 1999. Dalam tempoh antara 1982 hingga 2002, beliau telah menjelajah 12 buah negara dalam misi mengembara secara solo iaitu negara-negara Amerika, Kanada, China, Perancis, Britain, Belgium, Netherlands, Jerman, Switzerland, Arab Saudi, Indonesia dan Thailand. Sebahagian kecil daripada kos misi pengembaraan ini dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan. Pada tahun 2010, Kementerian Belia dan Sukan telah mencalonkan beliau untuk "Anugerah Panglima Mahkota Wilayah", dari DYMM Yang Dipertuan Agong.

HM TUAH ISKANDAR juga secara rasmi telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Buku Negara dengan merangkul trofi Anugerah Perdana Za’ba dan Tokoh Penulis Terbaik 2012. Anugerah itu disampaikan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam satu majlis gilang gemilang di Dewan Merdeka, di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Anugerah daripada Yayasan Pembangunan Buku Negara itu turut diiktiraf oleh The Oxford Centre for Excellence, United Kingdom, lantas meletakkan pencapaian beliau setaraf dunia. Kebanyakan karya beliau diterbitkan oleh Alaf 21 dan Karya Bestari. Karya ke-100 beliau berjudul “Jaga Jangan Kantoi” telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob semasa Karnival Penulis anjuran Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam.

Pada 11 Disember 2013 beliau dianugerahi pula Anugerah Buku Negara - Buku Motivasi Terbaik 2013, buku berkenaan ialah "Komplikasi Jiwa Muslim" terbitan Karya Bestari. Tahun berikutnya iaitu 2013 dan 2014 beliau tercalon lagi untuk anugerah ini dan memenanginya, lantas menjadikan beliau satu-satunya motivator yang menerima Anugerah Buku Negara tiga tahun berturut-turut. Pada tahun 2016, beliau sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang anugerah ini - lantas mencatatkan kejayaan MELEPASI HATRIK.

Di sinilah uniknya Formula 3E yang beliau cetuskan. Formula ini bertitik tolak dari kesan kehidupan sewaktu kecil serta cabaran-cabaran yang ditempuh pada alam remaja dan dewasa, menyebabkan beliau membina imaginasi cemerlang serta hidup berteraskan tiga konsep lebihan iaitu minda, ketenangan dan stamina atau apa yang dikenali sebagai 3E (Extra MIND, Extra MILD dan Extra MILE). Rupa-rupanya apabila masa berlalu dengan terpaksa melalui kehidupan yang agak dramatik serta pelbagai pula sifatnya itu, semakin membesar dan mengembangkan formula ini dalam diri beliau, akhirnya benar-benar terserlah melalui pencapaian-pencapaian yang mampu dibuktikannya itu.

Di sinilah satu lagi keistimewaan HM TUAH ISKANDAR iaitu beliau merangka sendiri teras formula motivasinya, merealitikannya hingga terbukti berkesan sebelum mengajarkannya pula pada orang lain. Dalam kata lain, semua pencapaian beliau adalah bukti pada berkesannya Formula 3E dalam membangunkan 'gergasi' yang sedang tidur dalam diri setiap orang. Tidak hairan motivasi beliau begitu unik, berkuasa tetapi juga santai dan harmoni.

Pada tahun 2001, lahirlah buku motivasi pertama beliau "Membina Imaginasi Cemerlang". Bermula dari sinilah lahir lagi berpuluh-puluh lagi buku motivasi berikutnya seperti yang dapat dilihat di pasaran pada hari ini. Dalam masa yang sama juga beliau menulis dalam 18 majalah berlainan terbitan Kumpulan Karangkraf selama lebih 16 tahun tanpa sekali pun terkandas 'dead-line'. Rekod ini dipegang oleh beliau hingga hari ini.

Dalam tempoh antara 1975 hingga 2018, beliau telah menghasilkan 136 judul buku/karya meliputi pelbagai bidang terutama motivasi selain ilmiah, agama, automobil, kanak-kanak, remaja dan novel. Buku-bukunya diterbitkan oleh penerbit-penerbit yang berwibawa iaitu Dewan Bahasa & Pustaka, Alaf 21, Karya Bestari, Telaga Biru, Utusan Publication dan Marshall Cavendish, United Kingdom. Pada 25 September 2010, bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap bekas Menteri Pelajaran, Tan Seri Muhyuddin Yassin telah melancarkan buku beliau berjudul "Enrique Mengundang Jauh" yang pernah dinobatkan sebagai "Finalis Hadiah Sako".

Kini beliau adalah pemilik, pengarah urusan, usahawan berjaya, penulis tamu, perunding motivasi radio dan tv dan juga perunding usahawan yang amat dikenali. Beliau juga adalah pemilik semua entiti perniagaan berkonsepkan 3E seperti pusat latihan, galeri dan hartanah. Terbaru adalah penglibatan secara aktif dan progresif melalui 3E BIOinsaniah CAMP di Ledang.

THREE EXTRA TRAINING & SOLUTIONS, yang diasaskannya adalah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dengan Akuan Pendaftaran Kontraktor (Nombor rujukan pendaftaran: 357-02089265) di bawah penyediaan khidmat bekalan/perkhidmatan:

010100 - Bahan Bacaan,
040100 - Alat Perhubungan,
040200 - Alat Bantuan Mengajar dan
220502 - Penyediaan Tenaga Pengajar

Syarikat ini telah menjadi syarikat ulung di Malaysia dalam urusan pembentukan manusia ke tahap luar biasa bagus dan hebat sekali, lahir hasil kerja keras selama lebih 40 tahun seorang insan yang tidak pernah berhenti dari hendak memajukan diri sendiri serta orang lain yang sudi cemerlang bersama-sama dengannya.