|
Secara ringkas...
DR. HM TUAH ISKANDAR
al-Haj
atau
nama sebenarnya TUAH FADILAH ITHNIN, anak
ke-9 dari sepuluh beradik, dilahirkan di
Muar, Johor pada tahun 1960. Ayah beliau
seorang yang sangat dihormati semasa
hayatnya kerana merupakan seorang yang
sangat kaya. Para pekedai cina di pekan
kelahirannya memanggil beliau ‘taukey’.
Sehingga kini setiap kali drtuah pulang ke
kampung, para pekedai cina masih
memanggilnya anak taukey.
Bagaimanapun, suatu hari ayah
beliau telah ‘pergi’. Ketika itu drtuah berusia
7 tahun. Ini bermakna beliau dibesarkan oleh
seorang 'ibu tinggal' yang serba kekurangan. Pada
masa inilah, beliau mula membina imaginasi
cemerlang untuk keluar dari semua yang
mengikat kecenderungan dan keterbilangannya.
Ibu
beliau Hajjah Mariam binti Haji Noor, telah
dianugerahkan "Anugerah Ibu Tunggal
Cemerlang"
pada 19 Disember 2002. Anugerah itu disampaikan
oleh Menteri Besar Johor dalam satu majlis
gilang gemilang di Johor Bahru.
Bersekolah awal di Sekolah
Rendah Inggeris Sungai Raya sehingga darjah
6, kecemerlangan beliau dalam Peperiksaan
Penilaian Darjah 5 membolehkan beliau
diterima bersekolah di High School Muar.
Selesai LCE, beliau menyambung pelajaran di
sekolah yang sama dalam aliran sains.
Sementara menunggu keputusan
MCE, drtuah bergiat cergas dalam pergerakan
pengakap yang telah dianggotainya sejak di
bangku sekolah. Melalui Pergerakan
Pengakap
Kelana beliau memimpin pergerakan pengakap
di beberapa sekolah di sekitar daerah Muar
secara sukarela. Beliau juga mula menulis untuk Utusan
Pelajar dan menghasilkan skrip drama radio untuk
Radio Johor. Pendapatan yang beliau perolehi
hasil penulisan ini baginya cukup lumayan.
Bagaimanapun, pada suatu hari
beliau ditawarkan bekerja di sebuah syarikat
garment di Batu Pahat. Beliau berfikir apa
salahnya sekadar mencari pengalaman. Jawatan
pertama yang diberikan kepada beliau ialah
tracer tetapi kira-kira setahun kemudian,
beliau telah diberi kepercayaan menghasilkan
design sendiri untuk dinilai pelanggan yang
berpusat di Amerika Syarikat. Ini suatu
kejayaan paling besar baginya.
Ibu memberitahunya,
moyang-moyang keturunannya adalah ketua
orang alim dari seberang dan mereka semua
adalah golongan yang amat dihormati serta
berkebolehan menghasilkan kitab-kitab agama.
Pada tahun 1978, beliau telah
ditawarkan berkhidmat sebagai pemberita
kadet di Bernama Melaka di bawah Ketua Biro
Baharuddin Latiff, antara wartawan terbaik
Bernama pada waktu itu. Baharuddin Latiff
telah mendidik drtuah dengan cara yang amat
keras dan ekstrim sekali. Ini cepat
mendewasakannya. Semua cabaran semakin
menjadikannya lebih matang daripada usianya
yang sebenar.
Beliau berusaha menggunakan
seluruh potensi diri
dan imaginasi cemerlang untuk melakukan yang
terbaik. Sehinggakan pada
waktu itu Biro Bernama Melaka terkenal
dengan berita-berita eksklusif yang ditulis
oleh drtuah.
Setahun kemudian, kebolehan,
bakat serta semangat besar yang berada dalam
diri beliau telah terkesan oleh Prof Datuk
Dr. Abdul Latif Bakar, ketika itu pensyarah
Universiti Malaya dan juga Sasterawan
Negara, Datuk Abdullah Husin. Melalui
kedua-duanya beliau ditawarkan untuk
berkhidmat di Sarawak di bawah Gabenor
Sarawak pada waktu itu, Tun Datuk Patinggi
Haji Abdul Rahman Ya’kub.
Tanpa banyak kerenah drtuah
menyahut cabaran ini. Bermulalah hidupnya
sebagai seorang wartawan politik untuk akhbar Sinar Sarawak, milik
Parti Bersatu Sarawak, parti memerintah di
bawah pimpinan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul
Rahman Ya’kub dan Ketua Menteri, Datuk
Patinggi Abdul Taib Mahmud. Kemudahan untuk
menuntut ilmu terbuka di sini, digunakan
sebaik-baiknya oleh drtuah. Pada masa inilah
beliau mendaftar sebagai pelajar eksternal
di Trans-World Tutorial College, Jersey,
Britain, dalam bidang "Journalism &
Professional Writing" dan lulus pada tahun
1985 (sila rujuk “Tinggal Dulu Isle”
terbitan Dewan Bahasa & Pustaka dan
“Original” terbitan Alaf21 Sdn Bhd). Sebelum
itu beliau pernah ditawarkan belajar di
Pacific University, Australia tetapi pihak
Angkatan Nahdatul Islam Bersatu Sarawak (BINA)
tidak meluluskan permohonan biasiswanya pada
saat akhir kerana beliau bukan anak jati
Sarawak dan juga baru sahaja berkhidmat.
Setahun kemudian, dengan
prestasi yang amat cemerlang yang mampu
dibuktikannya itu, drtuah telah dilantik
menjadi editor sekali gus pengurus Sinar
Sarawak. Ini sesungguhnya suatu pencapaian
yang memeranjatkan.
Bagaimanapun, pada tahun
1986, apabila berlaku krisis politik di
Sarawak drtuah turut mengalami tempiasnya.
Beliau kembali ke Semenanjung dan berkhidmat
dengan KKSB hingga tahun 2006. Sepanjang
berkhidmat di Sarawak beliau berpeluang
keluar negara dan kesempatan ini digunakan
untuk menimba sebanyak-banyak ilmu. Dalam
tempoh ini jugalah beliau menyambung
pengajian dalam "Media Studies" secara
eksternal di Brandtridge University, Amerika
Syarikat. Bagaimanapun, universiti ini
menghadapi masalah. Beliau
mendaftar pula di Trinity University di
Delaware, Amerika Syarikat dalam bidang yang
sama tetapi dinasihatkan oleh pihak
universiti supaya menukar kepada "Mass
Communication" pada tahap MA. Ini menjadi mungkin sebab
ujian khas yang diberikan oleh pihak
universiti serta latarbelakang pekerjaan
serta hasil-hasil tulisan yang dihasilkan
boleh ditukar menjadi kredit. Beliau
didapati melepasi kelayakan minimum yang
ditetapkan. Tesis yang dihasilkan beliau
berjudul, “The Other Thought of Journalism –
A Study of Analysing to the Coventional
Paradigm” sesi 96/97.
Beliau
telah menjadi ahli seumur hidup British Graduate
Association Malaysia (BGAM) dan American
Universities Alumni Malaysia (AUAM) pada tahun
1993.

Rapatnya hubungan drtuah dengan Tun Datuk
Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub hingga
drtuah dapat menulis biografi beliau. Biografi itu kemudian diterbitkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan judul
"Abdul Rahman Ya'kub - Kancil Sarawak".
Pada tahun 1986, drtuah berkahwin dengan
seorang gadis keturunan Arab Yamen, sehingga
kini dikurniakan empat orang anak.
Pada tahun 1996, beliau berangkat ke Makkah
menunaikan fardhu haji.
Semangat suka belajar dan
menimba ilmu sebanyak-banyaknya ini jelas
pada diri drtuah. Semasa di Semenanjung itu
juga, beliau mendaftar di Universiti Malaya
mengikuti pengajian awam dalam bidang
Syariah hingga selesai. Dalam tempoh ini
jugalah beliau s emakin aktif menulis buku agama, novel, ilmiah, remaja dan
kanak-kanak.
Salah sebuah buku ilmiah beliau
yang paling penting ialah “Mengislamisasikan
Komunikasi Warta” diterbitkan oleh
Bahagian Pengajian Tinggi, Dewan
Bahasa dan Pustaka pada tahun 1997.
Di
samping itu beliau banyak menyertai peraduan
penulisan dan memenangi banyak anugerah.
Kerajaan Negeri Johor sahaja melalui
Anugerah Darul Takzim telah menganugerahkan
beliau empat anugerah di mana tiga daripadanya
diraih secara berturut-turut. Pada tahun
1992 pula, beliau memenangi Hadiah Buku
Terbaik
Kebangsaan, satu penilaian tertinggi
terhadap keupayaan berkaryanya.
Dalam tempoh ini drtuah diterima mengajar di
UiTM Shah Alam sebagai pensyarah/jurulatih
sambilan di Unit Kebudayaan dan kekal di
situ selama hampir 10 tahun.
Pada penghujung 1999, beliau
mula mendaftar di Ansted University, British
Virigin Island untuk menyambung pengajian
secara eksternal pada peringat Ph.D dalam
bidang "Mass Communications and Letters"
dengan tesis berjudul “Great
Imagination – Utilizing the High Powerd
Forces Within” dan lulus pada tahun
2001.
Penglibatan yang sangat aktif
dan bermakna pada peringkat antarabangsa
juga telah menyebabkan beliau dianugerahi
anugerah paling berprestij peringkat dunia
ketika melangkah ke abad 21 dahulu.
Anugerah itu dipanggil “The Outstanding
People of the 20th Century Award” dari The
International Biographical Centre yang
berpusat di United Kingdom. Ekoran dari
sini, The American Biographical Institute,
Amerika Syarikat pula menganugerahkan beliau
“Award of Accomplishment 2000”.
Anugerah-anugerah ini diraih hasil dari
peranan yang dimainkan oleh Ansted Foundation pada
peringkat global.
Ketika beliau belum dikenali di tanah air,
dunia telah mengenali beliau atas
penglibatan-penglibatan serupa ini.
Di samping itu ada pelbagai
lagi anugerah yang berjaya beliau raih
sehingga direkodkan dalam Malaysia Book of
Records
edisi milenium sebagai orang
pertama menghasilkan "Bitaqah Yaumiyah",
lantas menjadikan beliau satu-satunya
motivator Melayu/Muslim yang tersenarai dalam rekod
berkenaan.
Sebelum itu, kerajaan
Malaysia telah menganugerahkan beliau
Anugerah Belia Negara. Anugerah ini telah
disampaikan oleh Perdana Menteri pada masa
itu, Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam suatu
majlis gilang gemilang sempena Hari Belia
Negara di Stadium Tertutup Bukit Jalil pada
tahun 1999. Dalam tempoh antara
1982 hingga 2002, beliau
telah menjelajah 12 buah negara dalam misi
mengembara secara solo iaitu negara-negara
Amerika, Kanada, China, Perancis, Britain,
Belgium, Netherlands, Jerman, Switzerland,
Arab Saudi, Indonesia dan Thailand.
Sebahagian kecil daripada kos misi
pengembaraan ini dibiayai oleh Kementerian
Belia dan Sukan.
Bagaimanakah beliau melakukan
kesemuanya ini? Di sinilah
uniknya Formula 3E yang beliau lahirkan.
Formula ini bertitik tolak dari kesan
kehidupan sewaktu kecil serta
cabaran-cabaran yang ditempuh pada alam
remaja dan dewasa, menyebabkan beliau
membina imaginasi cemerlang serta hidup
berteraskan tiga konsep lebihan iaitu minda,
ketenangan dan stamina atau apa yang
dikenali sebagai 3E (Extra Mind, Extra Mild
dan Extra Mile). Rupa-rupanya
apabila masa berlalu dengan terpaksa melalui
kehidupan yang agak dramatik serta pelbagai
pula sifatnya itu, semakin membesar dan
mengembangkan formula ini dalam diri beliau,
akhirnya benar-benar terserlah melalui
pencapaian-pencapaian yang mampu
dibuktikannya itu.
Di sinilah satu lagi
keistimewaan drtuah iaitu beliau merangka
sendiri teras formula motivasinya, beliau
merealitikannya hingga
terbukti berkesan sebelum mengajarkannya
pula pada orang lain. Dalam kata lain, semua
pencapaian beliau adalah bukti pada
berkesannya Formula 3E dalam membangunkan
‘gergasi’ yang sedang tidur dalam diri
setiap orang. Tidak hairan motivasi drtuah
begitu unik, berkuasa tetapi juga santai dan
harmoni.

Pada tahun 2001, lahirlah
buku motivasi pertama beliau “Membina
Imaginasi Cemerlang”. Bermula dari sinilah
lahir lagi berpuluh-puluh lagi buku motivasi
berikutnya seperti yang dapat dilihat di pasaran pada
hari ini. Dalam masa yang sama juga beliau
menulis dalam 18 majalah berlainan terbitan
Kumpulan Karangkraf selama lebih
10
tahun
tanpa sekali pun terkandas ‘dead-line’.
Rekod ini dipegang oleh beliau hingga hari
ini.
Dalam tempoh antara 1975 hingga 2009, beliau
telah menghasilkan sebanyak 85 judul buku
meliputi pelbagai bidang terutama motivasi
selain ilmiah, agama, automobil,
kanak-kanak, remaja dan novel. Buku-bukunya
diterbitkan oleh penerbit-penerbit yang
berwibawa iaitu Dewan Bahasa & Pustaka, Alaf
21, Karya Bestari, Telaga Biru, Utusan
Publication dan Marshall Cavendish.
Kini drtuah adalah
pengarah urusan,
penulis
tamu, perunding motivasi radio dan tv dan
juga perunding usaha-wan yang amat dikenali.
THREE EXTRA TRAINING &
SOLUTIONS, yang diasaskannya adalah syarikat yang
berdaftar dengan Kementerian Kewang-an Malaysia
dengan Akuan Pendaftaran Kontraktor (Nombor
rujukan pendaftaran: 357-02089265) di bawah
penyediaan khidmat bekalan/perkhidmatan:
010100 - Bahan Bacaan,
040100 - Alat Perhubungan,
040200 - Alat Bantuan Mengajar
dan
220502 - Penyediaan Tenaga
Pengajar
telah menjadi
jenama ulung di Malaysia dalam urusan
pembentukan manusia ke tahap luar biasa
bagus dan hebat sekali, lahir hasil
kerja keras selama lebih 40 tahun seorang
insan yang tidak pernah berhenti dari hendak
memajukan diri sendiri serta orang lain yang
sudi cemerlang bersama-sama dengannya.
Beliau juga adalah pemilik 3E TRAINING CENTRE
dan 3e SUITE.
Biografi
drtuah juga
banyak terhimpun di sana sini, kebanyakannya
dalam buku-buku yang beliau hasilkan,
termasuk dalam novel-novel seperti:
- Tinggal Dulu Isle
(DBP 1985),
-
Original
(Alaf 21 1990),
- Stefa
Isle
(Alaf 21 1992),
- Enrique
Mengundang Jauh
(Utusan 2002),
- Hatimu
untuk Siapa
(Alaf21 1994),
- Inikah
Cinta
(Alaf 21 2004),
- Membina
Imaginasi Cemerlang
(Karya Bestari 2001)
- Pelangi
Membeku
(Alaf
21 2008).
-
Cinta Hati Kita (Alaf
21 2009).
Berikut ialah senarai terbitan yang telah
dihasilkan oleh drtuah:
-
Anak Bumi Kenyalang
(DBP)
-
Suangi
(Federal Publication)
-
Suangi II
(Federal
Publication)
-
Suangi III Manusia Satwa
(Alaf 21)
-
Membina Imaginasi
Cemerlang
(Karya
Bestari)
-
Membina Hati Bahagia
(Karya Bestari)
-
Membina Jatidiri Gemilang
(Karya Bestari)
-
Membina Peribadi Anggun
(Karya Bestari)
-
Membina Rasa Cinta
(Karya Bestari)
-
Membina Cinta Sayang
(Karya Bestari)
-
Membina Personaliti
Terbilang
(Karya
Bestari)
-
Nak ke Tak Nak
(Karya Bestari)
-
Jangan Main-main
(Telaga Biru)
-
Anak Anda Bijak Berkarya
(Telaga Biru)
-
Biar Betul-betul
(Karya Bestari)
-
Buat Sampai Jadi
(Karya Bestari)
-
Fikir-fikirlah
(Karya Bestari)
-
Ada Bagus, Bagusss
(Telaga Biru)
-
Kalau Ya Katakan Ya
(Telaga Biru)
-
Abdul Rahman
Ya'kub– Kancil
Sarawak
(DBP)
-
Pelangi Membeku
(Alaf 21)
-
Hatimu Untuk Siapa
(Alaf 21)
-
Aku di Hatimu
(Alaf 21)
-
Stefa Isle
(Alaf 21)
-
Original
(Alaf 21)
-
Koleksi Cerita Kanak-kanak Bertemakan Alam
Sekitar
(Jabatan Alam
Sekitar)
-
Memupuk Minat Belajar
Anak-anak
(Telaga
Biru)
-
Tangani Kejatuhan Matawang -
Jimat
(Karya Bestari)
-
Catatan Harian Islam
(Karya Bestari)
-
Bayu di Solent
(Sasbadi)
-
Panduan Kenduri
(Karya Bestari)
-
Enrique Mengundang Jauh
(Utusan)
-
Rahsia Skor 5A UPSR
(Marshall
Cavendish)
-
Rahsia Skor 8A PMR
(Marshall Cavendish)
-
Rahsia Skor A SPM
(Marshall Cavendish)
-
Jangan Tidak-tidak
(Karya Bestari)
-
Langkah-langkah
Gemilangkan Imaginasi Anda
(Telaga Biru)
-
Inikah Cinta
(Alaf 21)
-
Umrah & Ziarah
(Karya Bestari)
-
Dinasour Bandar Mahria
(NR Publication)
-
Kereta – Jawapan pada
Pertanyaan Anda
(Karya Bestari)
-
Karamah Ilmu Batin
(Kintan)
-
600 Jawapan Kemusykilan
Agama Jilid I
(Karya Bestari)
-
600 Jawapan Kemusykilan
Agama Jilid II
(Karya Bestari)
-
600 Jawapan Kemusykilan
Agama Jilid III
(Karya Bestari)
-
Kewartawanan Islam –
Dicabar, Tercabar, Mencabar
(Karya Media)
-
Mengislamisasikan
Komunikasi Warta
(DBP)
-
Sembahyang Lelaki
Perempuan
(Karya
Bestari)
-
Nurani di Sudut Kehijauan
Matanya
(Jabatan
Perdana Menteri)
-
The Other Thought of
Journalism – A Study of Analysing to the
Coventional Paradigm
(Tesis)
-
Great Imagination – Utilizing
the High Powerd Forces Within
(Tesis)
-
Pedamaran Rimba
(DBP)
-
Pedamaran Penan
(DBP)
-
Nanga Begajai
(DBP)
-
Kisah Ajaib Terpilih
(Karya Bestari)
-
Jalan-jalan untuk Redha
dan Pahala
(Karya
Bestari)
-
Puasa Lelaki dan
Perempuan
(Karya Bestari)
-
600 Jawapan Kemusykilan
Agama Wanita I
(Karya Bestari)
-
600 Jawapan Kemusykilan
Agama Wanita II
(Karya Bestari)
-
600 Jawapan Kemusykilan
Agama Wanita III
(Karya Bestari)
-
Surat-Janji 1862
(Alaf 21)
-
Anak Anda Cemerlang
Seperti Nur Amalina
(Telaga Biru)
-
Hembusan Salju di Makkah
(Karya Bestari)
-
Tinggal Dulu Isle
(DBP)
-
Runtuhnya Sebuah Astana
(DBP)
-
Mengapa Bujang Senang
Haus Darah
(Sarawak Publisher)
-
Puteri Aluk Batang
Belidak
(DBP)
-
Duta Utusan Ayah
(DBP)
-
Tragedi Bujang Senang
(DBP)
-
Nak Jadi Jadi
(Karya Bestari)
-
Nak Kaya ke Tak Nak Kaya
(Telaga Biru)
-
Cinta Pandang Kedua – Di
mana Silapnya
(Telaga Biru)
-
31 Sebab Mudah untuk Anda
Berjaya
(Telaga
Biru)
-
Langkah-langkah Merawat
Cinta Remaja
(Telaga Biru)
-
Merawat Hati Wanita
(Telaga Biru)
-
Mengenali dan Menyingkap
Rahsia Lelaki
(Telaga Biru)
-
Berjaya Melalui
Kekurangan Diri
(Telaga Biru)
-
Sendiri Mau Ingat
(Karya Bestari)
-
Membina Jiwa Serasi
(Karya Bestari)
-
Membina
Unggul Lelaki
(Karya Bestari)
-
Nak Jadi Jadi
(Karya Bestari)
-
Membina Cinta Suci
(Karya Bestari)
-
Bukan Main Lagi
(Karya Bestari)
-
Tau Tak Apa
(Karya Bestari)
-
Cinta Hati Kita
(Alaf21)
Pada 24 Mei 2008, salah satu buku motivasi
drtuah dengan judul "Jangan Main-main" telah
memenangi "Anugerah Buku Paling Popular Bagi
Kategori Bukan Fiksyen" berdasarkan Pilihan
Pembaca Popular-Berita Harian" sempena
BookFest@Malaysia
2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
His best selling
motivational books are:
i.
"Developing Excellent Imagination" (Membina
Imaginasi Cemerlang) -
*150,000 copies
sold,
ii.
"Developing Happiness to the Fullest"
(Membina Hati
Bahagia) -
*100,000 copies
sold,
iii.
"Take It or Leave It" (Nak ke Tak Nak)
- *100,000
copies sold,
iv.
"Developing Brilliant Super Powers "
(Membina Jatidiri Gemilang) -
*75,000 copies
sold,
v. "Be Serious" (Biar
Betul-Betul),
-
*60,000 copies
sold,
vi.
"Charming" (Membina Peribadi Anggun),
*60,000
copies sold,
vii. "Do It" (Jangan
Main-main),
9,000
copies sold,
viii. "Good, Very Good" (Ada
Bagus, Bagusss),
*6,000
copies sold,
ix . "The Great Personality" (Membina
Personaliti Terbilang),
30,000
copies sold.
x . "Get It Done" (Buat Sampai Jadi),
70,000
copies printed.
xi . "The power of Love" (Membina Cinta
Sayang),
50,000
copies printed.
His latest motivational books
entitled:
i. "Think Right" (Fikir-fikirlah),
20,000 copies sold,
ii. "Say Yes!" (Jika Ya Katakan
Ya) first
print 10,000 copies.
iii. "Equal
To!" (Nak Jadi Jadi) first
print 10,000 copies.
His best-selling novels are:
i. "Name of an Isle"
(Stefa
Isle),
ii.
"Authentic" (Original),
iii. "A Matter of Heart" (Hatimu untuk Siapa)
iv.
"Love" (Inikah Cinta)
v.
"Enrique from the Far" (Enrique
Mengundang Jauh)
vi. "Harden Rainbow" (Pelangi
Pembeku)
vii.
"Our Secrect Love" (Cinta Hari
Kita)
viii. I'm in You (Aku di
Hatimu)
-
all together
more than *600,000 copies sold.
Media elektronik dan bercetak
yang pernah
menggunakan khidmat drtuah:
-
rtm1
-
rtm2
-
tv3
-
tv9
-
tv7
-
astro awani
-
asyik FM
-
salam FM
-
astro ria
-
bernama tv
-
radio 24
-
klasik nasional
-
selangor fm
-
perak fm
-
sinar sarawak
-
labuan fm
-
radio tv brunei
-
sarawak fm
-
langkawi fm
-
melaka fm
-
johor fm
-
suria fm
-
sinaran bina
-
wanita fm
-
berita harian
-
utusan malaysia
-
malay mail
-
star
-
metro
-
kosmo
-
radio muzik fm
-
ferminin
-
sinar harian, dan terbitan-terbitan di
bawah:
|
|
- Motivasi
 |
|
|
- Psikologi Sains
 |
|
|
- Motivasi
|
|
|
-
Mutiara
 |
|
|
- Motivasi

|
|
|
-
Kaunseling
 |
|
|
- Motivasi
Ceria
  |
|
|
- Motivasi
 |
|
|
- Meniti Hari
 |
|
|
- Kaunseling Keluarga
 |
|
|
- Problem
 |
|
|
- Melerai Masalah
  |
|
|
- Catatan Pengembara

|
|
|
-
Motivasi

|
|
|
- Pesan
 |
|
|
- Motivasi
  |
|
|
- Fikir, Renung & Tengok
 |
|
|
- Motivasi
  |
|
|
- Kaunseling kecantikan
  |
|
|
- Kaunseling kerjaya
 |
|
|
- Motivasi santai
 |
|
|
- Novel
Bersiri
 |
 Telaga Biru
|
|
-
|
Kaset & CD (
11 tajuk di
pasaranhubungi 03-62724070 untuk sebarang
keterangan) |
|
1.
|
Menyingkap dan Mengenal
Rahsia Lelaki |
|
2.
|
Langkah-langkah Merawat
Hati Wanita |
|
3.
|
Berjaya Melalui
Kekurangan Diri |
|
4.
|
Langkah-langkah
Gemilangkan Imaginasi Anda |
|
5.
|
Kaedah Merawat Cinta
Remaja |
|
|