Products of Awards
Nak Jadi Jadi
Buku motivasi santai ini tercalon untuk Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-Berita Harian 2010. Mencatat jualan yang sangat tinggi dalam senarai buku-buku motivasi di Malaysia.
Jangan Main-main
Menampilkan wajah penulisnya di kulit hadapan telah memberi impak luar biasa pada buku ini. Ia begitu popular di kalangan peminat buku-buku motivasi tanah air, lantas menerima Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-Berita Harian 2007.
Enrique Mengundang Jauh
Novel ini dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin pada 25 September 2010 dalam Program Resensi Buku 1 Malaysia di Pagoh. Ia juga adalah Finalis Hadiah Sako anjuran Utusan Malaysia serta mendapat hadiah dari Kerajaan Negeri Johor dalam Anugerah Darul Ta’zim. Novel sejarah, kembara dan motivasi terhebat dekad ini.
Kalau Ya Katakan Ya
Pendekatan yang santai dan mudah, buku ini telah menawan hati para pembaca lantas tercalon dalam Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-Berita Harian 2007.
Membina Cinta Sayang
Dengan menjiwai khalayak pembacanya, penulisnya telah dapat menjiwai rentak penulisannya, lahirlah buku ini yang telah membantu berpuluh-puluh ribu wanita mendapat kasih sayang sejati dalam kehidupan masing-masing. Justeru buku ini juga tercalon dalam Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-Berita Harian 2008.
Mengislamisasi Komunikasi Warta
Diterbitkan oleh Bahagian Pengajian Tinggi, Dewan Bahasa dan Pustaka buku ini adalah bukti pengiktiktirafan tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terhadap DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj dalam penghasilan pelbagai produk bertulis khususnya penulisan buku ilmiah untuk kegunaan para pelajar di universiti.
Runtuhnya Sebuah Astana
Novel ini memenangi Hadiah Pertama dalam Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia sebuah novel sejarah berselang seli dengan imaginasi penulisnya yang sangat tinggi.
Membina Imaginasi Cemerlang
Dengan mendapat pengiktirafan antarabangsa, buku ini adalah buku motivasi pertama DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj yang telah dibaca oleh seluruh kaum di Malaysia termasuk cina, india, orang asli, peribumi di Sarawak bahkan hingga dipesan ke seberang laut termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia.
Abdul Rahman Ya’kub – Kancil Sarawak
Sebuah biografi ditulis dengan begitu teliti hingga memaksa panel memberikan hadiah istimewa pada penulisan buku ini. Ia satu bukti betapa rapatnya hubungan DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj dengan orang atasan di Malaysia.
Nurani di Sudut Kehijauan Matanya
Novel remaja ini berkisar kehidupan anak-anak Melayu di London. Ia sebuah novel berpaksikan pengalaman sebenar DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj. Novel ini memenangi hadiah kedua Peraduan Menulis Novel Remaja anjuran JAKIM.
Membina Imaginasi Cemerlang
Dengan mendapat pengiktirafan antarabangsa, buku ini adalah buku motivasi pertama DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj yang telah dibaca oleh seluruh kaum di Malaysia termasuk cina, india, orang asli, peribumi di Sarawak bahkan hingga dipesan ke seberang laut termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia.