Testimonial

Home ? testimonial

 

Click here for more Videos on FaceBook

Motivational Programmes Review by Fan

Saya sangat berpuas hati dengan program yang dijalankan, tidak membosankan, ada kesemua unsur, kelakar, pengetahuan dsb. Syabas dan sekalung tahniah kepada HM TUAH ISKANDAR kerana program berjalan dengan lancar. Semoga ianya berterusan untuk maju terus ke hadapan. Saya bertuah kerana dapat banyak pengetahuan yang belum pernah didengar dariapda ceramah-ceramah yang disampaikan. Terima kasih sekali lagi.
Hajah Kasmirah Mojalanchong

Syabas, karya anda telah berjaya menyuntik jiwa membina sahsiah untuk menjadi insan yang luar biasa bagusnya. Semoga terus success. Ameen.
Norkamariah Suparman, Gelang Patah

Program yang bagus. Aktiviti yang menarik serta membawa hubungan yang lebih erat.
Wan Hoonisah Wan Abdullah, Taiping

Amat berkesan untuk memajukan diri dan membina masa depan yang gemilang.
Nur Atikah Bte Rosman, Tumpat

Memberi Rangsangan untuk maju ke depan.
Nik Raza Nik Abdullah, Kota Kinabalu

Keseluruhan Program Team Building 3E dari 19hb hingga 20hb 1 2009 selama dua hari ini sangat memuaskan. Semua peserta gembira dan ceria dengan ceramah yang diikuti. Semua ceramah memberikan saya satu pengajaran dan motivasi yang baik pada diri saya dan insya-ALLAH pada sahabat-sahabat saya. Syabas HM TUAH kerana memberi kami peluang beramah mesra dengan doktor. Tahniah dan sukses selalu.
Rusia Mahmud, Tawau

Hebat! Dapat mengubah dan membaiki, menambah, menyuntik semangat dalam memimpin.
Umi Kalsom Dolah, Melaka

Rasa ilmu yang dapat tidak ternilai harganya. Walaupun meninggalkan suami dan anak-anak yang masih bersekolah hampir seminggu tetapi banyak manfaat yang dapat, berbaloi dengan apa yang dapat. Rasanya tidak ada komen yang nak dibuat. Hanya mengucapkan tahniah HM TUAH 'The Best'.
Norafiza Harun, Alor Star

TQ. Banyak manfaat dan pengajaran yang boleh diperolehi. Penyampaian yang licin, kemas dan berstruktur. Games yang sesuai.
Che Mahadi Idris, Kota Bahru

Saya sangat berpuas hati dengan program yang dijalankan, tidak membosankan, ada kesemua unsur, kelakar, pengetahuan dsb. Syabas dan sekalung tahniah kepada HM TUAH kerana program berjalan dengan lancar. Semoga ianya berterusan untuk maju terus ke hadapan. Saya bertuah kerana dapat banyak pengetahuan yang belum pernah didengar dariapda ceramah-ceramah yang disampaikan. Terima kasih sekali lagi.
Hajah Kasmirah Mojalanchong, Tawau

Saya sangat berpuas hati dan rasa bertuah sekali kerana dapat berjumpa secara semuka dengan tuan kerana pertama;
- Ceramah yang mana sangat-sangat berfaedah bagi diri saya dan juga untuk keluarga.
- Saya belum pernah mendengar ceramah sehebat tuan.
- Kalau ada kesempatan ingin sekali lagi bersemuka dengan tuan.
- Kalau tuan berkesempatan ke Sabah hubungi saya.
Halisah Marasin, Ranau

Motivasi yang diberikan amatlah jelas dan mudah difahami.
Che Non binti Abdul, Kuala Kangsar

Assalamualaikum,
Saya berterima kasih di atas segala nasihat, pandangan dan nasihat. Saya rasa program ini berjaya membentuk diri saya dan rakan-rakan yang lain untuk menjadi seorang manusia yang mampu berdiri di atas kaki sendiri dan tidak mudah berputus asa. Terima kasih.
Janyati Jumaat, Sibu

Bagi saya anda adalah anda dan saya suka sifat anda - ada kelas, mungkin anda joke, tapi sememangnya anda macho.
Hajjah Zahirah Ahmad, Dungun

Saya merasakan ada extra dalam diri saya selain (3E). Walaupun sebelum ini ada benda yang telah saya buat, tapi saya rasa nak buat bersungguh-sungguh, walaupun saya tahu ia tak akan tercapai.
Saya merasakan satu pengalaman yang tidak pernah saya lalui. Banyak benda yang saya tidak tahu dan tidak pernah tahu. Dan kini saya lebih tahu.

Saya rasa bertuah dapat jumpa HM Tuah walaupun saya jauh dari pedalaman.

Saya akan buat apa yang saya nak buat walaupun saya terpaksa mencuba dan dicuba, tercuba, dipaksa, terpaksa dan memaksa diri saya sendiri. Dalam hidup ini saya telah banyak melakukan kesilapan, tetapi saya telah berazam pada diri saya kesilapan ini akan susut sikit-sikit walaupun lambat.

Dalam hidup ini saya merasakan satu ujian dan saya merasakan itu satu beban, tapi setelah saya dengar dari motivasi HM Tuah, saya rasa ini bukan beban dan ujian tapi inilah ranjau hidup yang perlu saya tempuhi.
Mungkin saya bertuah, ALLAH telah memilih saya salah satu hamba-NYA untuk mendengar dan mengikuti motivasi HM Tuah. Ini peluang dalam hidup saya dan mungkin saya tidak dapat lagi peluang ini.
Shanipoh Ibrahim, Kota Bahru

Sememangnya masa kursus ini terlalu singkat dan hanya sedikit ilmu sahaja yang dapat diperolehi. Paling-paling diperlukan 6 hari baru boleh faham. Buku-buku yang dijual tidak mencukupi.
Zurenawatte bte Zaidin, Kuching

Syabas, motivasi selama dua hari ini merangsangkan minda saya yang penuh berserabut, sedih, banyak masalah.
Zurnini bt Talib, Sandakan

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada ALLAH TAALA yang mempertemukan saya dengan HM Tuah yang mana saya menimba banyak ilmu yang sebahagian besarnya belum lagi saya pernah mendengar dan mengetahui. Saya berharap apa yang HM Tuah berikan menjadi pedoman dan ilmu yang memanafaatkan diri saya, keluarga serta sahabat-sahabat yang lain. Semoga HM Tuah sekeluarga diberkati oleh ALLAH. Dimurahkan rezeki oleh ALLAH TAALA. Saya yang mendoakan.
Bi Sulaiman, Alor Star

Sepanjang bengkel/kursus ini banyak ilmu yang saya dapati begitu memberangsangkan lagi minda dan saya bertambah sangat yakin dan dengan adanya program/penceramah yang begitu baik, jujur, telus dan ikhlas. Saya mendoakan agar setiap yang penceramah dan kakitangannya telah lalui sepanjang kursus ini mendapat keredhaan ALLAH. Moga diberkati ALLAH.
Manisha Ingkor Abdullah, Keningau

Ilmu yang dicurahkan sangat-sangat diharapkan. Kita sahabat yang tak berpendidikan tinggi amat mengharapkan ada insan yang sentiasa sudi memberikan kami secebis ilmu yang sebegini.

Saya amat bersyukur ke hadrat ILAHI atas limpah dan kurnia-NYA saya dapat sama-sama menimba ilmu dan dapat bersua muka dengan Doktor HM Tuah. Saya tak pernah menduga tapi hari ini bukan mimpi, bukan tengok kaca tv, tapi bersua muka dengan orang yang saya selalu baca artikel beliau dalam majalah Mingguan Wanita.

Saya no comment semua ok. Cuma barangan yang dijual terlalu sedikit. Permintaan tak mencukupi. Lain kali ada program bawalah lebih sikit. Terima kasih HM Tuah. HEBAT SEKALI!
Rosmah Haji Tahir, Kota Belud


Saya Aminah sungguh-sungguh berpuas hati selama mengikuti kursus seperti ini. Diharap sudilah meluangkan masa bersama-sama kami walaupun di mana saja.
Aminah bt Ibrahim, Kampung Tersusun

Book's Review by Fan

If I have a free time, I like reading, especially unfictional books like masterpiece written by HM TUAH ISKANDAR.

Nur Atikah Bte Rosman, Usim

Tuan motivator terbaik, juga murabbi yang berkesan, melalui penulisannya pun, subhanallah telah banyak membantu saya untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Insyaallah.. mudah-mudahan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dr.tuah..

Devi Mutiah , Mastor Lani

Website's Review by Fan

Saya merupakan pengunjung baru untuk website tuan ni. dan alhamdulillah, sebelum ni saya pun ada masalah gak sebab tu lah saya masuk web ni tapi bila saya baca semua masalah yg ada di sini dan komen2 yg diberikan,terasa masalah yg saya hadapi automatik dpt diselesaikan. sbnrnya masalah boleh diatasi dengan membaca masalah orang lain kerana masalah hanyalah sekadar masalah tak perlu nak beratkan otak untuk menanggungnya kan....tkasih kerana wujudkan web ni.tkasih salam.


Advertisement

GROW WITH US. If you have something to advertise, email your advertisment to official@drtuah.com, we'll let you know the rate, term and condition.